Monday, January 2, 2012

Episode 58: Mak, Saya Mau Kawen!


Susahnya nak kawen. Susah. Susah. Susah. Susah. S-U-S-A-H. Susah. Tapi kenape susah?? Adakah kerana nak daftar kawen makan masa 20 tahun nak tunggu turn macam nak pegi haji? Adakah kerana ada 135 rukun yang perlu diikuti untuk kawen, salah satunya bungee jumping dan skydiving?? Adekah kerana perlu cari wanita yang sekian2 tinggi sekian2 berat bla bla bla supaya bla bla bla? Wanita sahaja gadis ke perempuan ke andartu ke tak bolee.. (Macam mana plak tuh?) Mane adeeeeee broo..

Pasai apa susah amat nak kawen? Haa..yang ni ade amik sikit idea dari orang lain. Dia compile tepat dan padat. So senang nak cite. Secara ringkasnye, susah nak kawen sebab persepsi masyarakat. Sebab kita dok pening kepala sangat apa orang pikir pasal kita. Kita tak pulak pening ape Allah pikir pasal kita. DONE.

Tapi sebab aku suka bebel dan suka menaip secara rambang, nk elaborate lagi. Padan muke korang.

Bila kita kawen muda, orang cakap, "Apsal kawen muda sangat? Keje tak ada duit tak ada. Abes tu lepas kawen nak makan ape? Ntah2 kawen muda ni kawen eksiden kot. Hape la perangai budak2 skarang ni. Muda2 da miang! Jeng3.."

Bila kita jadi bujang terlajak/andartu, orang cakap, "Apsal dia tu kawen lambat sangat? Mesti kes tak laku ni. Tu la da tua bangka baru terhegeh2 nak kawen. Tak pun memilih sangat. Ha padan la dengan muka. Perasan lawa sangat. Skarang baru nak kawen, dapat atok cucu 3 orang pon da kire bagus."

Bila kita kawen letak hantaran murah, orang cakap, "Apahal pakcik tu letak hantaran murah sangat? Tak ada class langsung. Ke anak dia stok2 minah karen? Ha betul la tu kot. Kalau tak apsal murah sangat hantarannye. Beli lembu sekor pun mahal lagi muahahaha.*gelak jahat* Jeng3.."

Bila kita kawen letak hantaran mahal, orang cakap, "Apekeheynye pakcik tu letak hantaran mahal sangat? Ceh. Anak pisau cukur bapak pon same la kot. Dah macam jual anak dah. Tak tertelan air liur si mamat tu nak menyiapkannye. Agak2 le wei..*buat muka tak puas hati*..Kuang3.."

Bila kita buat majlis ringkas, kecil2han, orang cakap, "Apebende la pokcik ni. bukan selalu anak tu kawen. Buat la meriah sket. Ada karok2 sikit ke, ape ke.. kek 2-3 tingkat ke.. Kedekut nak mampos. Bukan bole bawak mati duit tu. Ntah2 memang takde duit kot. Hahaha. *gelak bangsat*..Huhuhu."

Bila kita buat besar2han, meriah la kata, orang cakap, "Humang aih. Gile ape pakcik ni sampai 20 kanopi?? Ni nak buat funfair ke ape? Kot ye nak belagak pon tak payah la time anak kawen. Saje la tu nak tunjuk duit 8 karung. Dasar orang kaya tak sedar diri! Hak tui!"

Kesimpulannya kalau kita ikut orang sampai bila2 kita tak kemana. Kalau orang2 muda selalunya susah nak kawen sebab mak ayah bising kata muda lagi kan. Kata tak kerja lagi kan, tade duit kan, camne nak kawen kan? Allah tau daaa.. Sebab tu Allah kata:

"Dan kahwinkanlah orang bujang di kalangan kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui". (An-Nur: 32) 

Lu renung2kanlah sendiri. Hahaha.

No comments: